|
SELAMAT DATANG KE PUSAT KOKURIKULUM JOHOR |
|
Written by Pusat Kokurikulum Johor
|
|
Tuesday, 19 June 2007 |
|

Pusat Kokurikulum merupakan sebuah pusat yang melaksanakan aktiviti-aktiviti terancang bagi menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan-kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peningkatan pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai murni yang membawa ke arah kecemerlangan individu.
Pusat Kokurikulum menyediakan prasarana pendidikan luar berserta dengan khidmat Jurulatih yang terlatih selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk warga pelajaran dan agensi luar yang dibenarkan.
PENGERTIAN LOGO PUSAT KOKURIKULUM JOHOR

Ciri-ciri Logo: 1. Warna-warna: a. Warna Merah - melambangkan keberanian seseorang individu dalam menghadapi dan melaksanakan sesuatu cabaran. b. Warna Biru - Melambangkan perpaduan dan perlu diamalkan untuk memastikan perancangan program dilaksanakan dengan berkesan. c. Warna Putih - Melambangkan bersih, semangat kerjasama dan setiakawan. 2. Objek - Melambangkan kombinasi aktiviti pendidikan luar yang dirancang dengan sistematik bagi menyumbang ke arah pembentukan sahsiah warga pendidikan negeri Johor khasnya sebagai kumpulan sasaran utama penubuhan Pusat Kokurikulum Johor. 3. Bentuk - Bentuk bulat melambangkan program yang dirancang tidak terpisah dan mempunyai hubungkait antara kurikulum dan kokurikulum sesuai dengan Matlamat dan Falsafah Pendidikan Negera.
MOTO "CERGAS, CERDAS, SIHAT" |
|
Last Updated ( Wednesday, 20 June 2007 )
|